JOM DAFTAR PENGAMAL
PENGENALAN
AKTA PT&K 2016 (AKTA 775) yang dikuatkuasakan pada 1 Ogos 2016, mewajibkan semua pengamal Perubatan Tradisional & Komplementari (PT&K) yang ingin mengamal di Malaysia untuk berdaftar dengan Majlis Perubatan Tradisional dan Komplementari (Majlis PT&K) yang ditubuhkan di bawah akta ini.
Oleh itu semua pengamal Perubatan Tradisional Melayu yang menjalankan rawatan urut, bekam,herba dan postnatal perlu mendaftar dengan Majlis PT&K, KKM.
BILA BERMULA PENDAFTARAN PENGAMAL SEMASA PERALIHAN?
Tempoh peralihan untuk tujuan pendaftaran pengamal adalah tempoh masa
yang ditetapkan untuk membenarkan pengamal yang dikategorikan sebagai
golongan 'grandfathering' iaitu pengamal tanpa kelayakan asas yang diiktiraf
tetapi berkemahiran dan berpengalaman dalam sesuatu bidang amalan yang
diiktiraf, untuk berdaftar dengan Majlis PT&K mengikut keperluan yang
dinyatakan.
Tempoh pendaftaran pengamal semasa peralihan ini bermula 1 Mac 2021 hingga 29 Feb 2024.
APAKAH KESAN JIKA TIDAK MENDAFTAR?
Mengikut Akta PT&K 2016, Akta 775 - Seksyen 25. Jika disabitkan anda boleh dikenakan:- Kesalahan pertama, didenda tidak melebihi Rm30,000.00 atau dipenjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya.
- Kesalahan seterusnya...(Sila baca Akta 775)
BAGAIMANA CARA DAN SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN?
Bagi membantu rakan-rakan pengamal mendaftar maka Persatuan Perubatan Islam Hijamah Malaysia (PERHIJAM) akan mengadakan sesi penerangan Kaedah Pendaftaran Pengamal seperti berikut:
Tarikh: Isnin, 15 Mei 2023
Masa : 9 malam - 10 malam
Tempat : Google Meet
Yuran : PERCUMA
Kandungan Sesi Penerangan:
1. Syarat-syarat pendaftaran pengamal.
2. Cara mengisi borang permohonan pendaftaran pengamal.
Bagaimana Untuk Sertai Sesi Penerangan Ini?
Anda hanya perlu masuk ke grup berikut:
Nama Grup: PENGAMAL PTM-02
Link Google Meet sesi penerangan akan diberikan di dalam grup tersebut sehari sebelum program bermula.
Sebarang pertanyaan, sila wasap:
* Ini bukan taklimat akta.
APAKAH BUKTI ANDA TELAH MENDAFTAR DENGAN MAJLIS PT&K-KKM?
Jika permohonan anda diluluskan, maka Majlis PT&K akan mengeluarkan perakuan seperti berikut yang menandakan anda Pengamal Berdaftar: