KURSUS PENGURUSAN STRES

*Kami tidak mengenakan apa-apa bayaran untuk kursus sini, sumbangan ikhlas dialu-alukan.

PENGENALAN - KEPENTINGNYA MENGURUS STRES

Stres adalah sesuatu yang akan dialami oleh setiap orang dalam kehidupan. Stres boleh menyebabkan seseorang tidak bahagia walaupun hidupnya cukup, kayaraya, berpangkat tinggi dll. Selain itu stres boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan.

Satu formula penting yang kita perlu faham ialah pengurusan stres bukan bermula dengan adanya stres. Pengurusan stres adalah cara hidup yang perlukan latihan setiap hari supaya badan kita bersedia untuk menhadapi stres. 

Menurut American Psychological Association (2018)stres yang berpanjangan boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan mental dan fizikal, antaranya:
  1. Kerisauan - Anxiety
  2. Kemurungan
  3. Sakit kepala - migrain
  4. Sakit bahu 
  5. Sakit pinggang
  6. Masalah pernafasan - sesak nafas dll.
  7. Panic attack
  8. Darah tinggi, serangan jantung dan strok
  9. Keletihan kronik, gangguan metabolik (cth., diabetes, obesiti) dan gangguan imun.
  10. Lelaki - Kurang nafsu seks, kurang pengeluaran dan kematangan sperma dll.
  11. Perempuan - Kurang nafsu seks, masalah untuk hamil dll.
Walaubaimanapun anda tidak perlu bimbang, kerana kini anda boleh mengurus stres dengan mudah melalui gabungan terapi kerohanian serta terapi jasmani dalam Perubatan Melayu. 

MAKLUMAT PROGRAM

Program: Pengurusan Stres Dengan Perubatan Melayu
Tarikh: Sabtu, 29 Julai 2023
Masa: 8.30 pagi - 10.00 pagi
Tempat: Online Google Meet
Yuran: Tiada bayaran. Sumbangan ikhlas dialu-alukan

APA YANG AKAN ANDA PELAJARI

  1. Memahami punca stres.
  2. Memahami kebaikan dan keburukan stres.
  3. Mengamal kaedah mudah untuk mengurus stres dengan gabungan terapi kerohanian serta terapi fizikal dalam Perubatan Melayu. 

KANDUNGAN KURSUS

  1. Hidup adalah ujian.
  2. Memahami stres.
  3. Stres sebagai sumber motivasi.
  4. Kesan stres kepada kesihatan mental dan fizikal manusia.
  5. Hubungan stres dan fikiran.
  6. Bagaimana fikiran memproses stres dan menyebabkan susah berhenti berfikir, risau dengan masa depan, mudah marah, merasa frust, sedih, takut dll.
  7. Lima cara memprogram fikiran.
  8. Memahami tiga sifat fikiran bagi membantu mengawal stres.
  9. Memahami empat prinsip asas penciptaan manusia bagi membantu mengawal stres.
  10. Mengawal dan mengatasi stres dengan Terapi Kerohanian Perubatan Melayu
  11. Mengawal dan mengatasi stres dengan Terapi Fizikal Perubatan Melayu

PENCERAMAH - HJ.WAN HUSNI WAN ABDULLAH

HjWan adalah pengamal Perubatan Tradisional Melayu dengan lebih 10 tahun pengalaman. Beliau adalah pengamal berdaftar dengan Majlis Perubatan Tradisional Dan Komplimentari (Majlis PT&K), KKM. HjWan mempunyai kelayakan akademik Diploma Profesional Perubatan Melayu, UTM-SPACE dan Ijazah Pengurusan Perniagaan, UUM. Beliau juga adalah Naib Presiden Persatuan PERHIJAM.

PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI BEKAM PRO

Kursus ini adalah sebahagian dari usaha kami untuk menyumbang kepada masyarakat. 

Kaedah pengurusan stres yang akan kami kongsikan ini adalah kaedah yang kami gunakan bagi membantu pesakit-pesakit yang datang ke Bekam Pro dengan masalah seperti stres berpanjangan, anxiety, susah tidur, susah berhenti berfikir, gastrik-gerd kerana stres, emosi tak stabil dan lain-lain yang melibatkan masalah emosi. 

Semoga perkongsian ilmu ini dapat menjadikan kami dan anda lebih sihat, bahagia dan lebih dekat dengan Allah SWT.

DAFTAR SEKARANG

Untuk mendaftar, sila hubungi:
BekamPro 01120590459 atau klik link wasap di bawah 

Popular posts from this blog

PERKHIDMATAN KAMI

PERALATAN BEKAM PAKAI BUANG

PERAWAT BEKAM PRO