Skip to main content

SOALAN LAZIM (FAQ) BEKAM

Soalan Lazim (FAQ) Mengenai Terapi Bekam

Selamat datang ke ruangan Soalan Lazim Bekam Pro. Berikut adalah jawapan bagi soalan-soalan yang sering ditanyakan oleh pelanggan kami berkenaan terapi bekam dan perkhidmatan yang kami sediakan.

A. SOALAN UMUM & ASAS BEKAM

1. Apakah itu terapi bekam?

Bekam (Hijamah) ialah kaedah terapi tradisional dan sunnah yang menggunakan cawan khas pada permukaan kulit untuk membantu melancarkan peredaran darah serta melegakan ketidakselesaan badan.

2. Apakah beza antara Bekam Angin (Kering) dan Bekam Darah (Basah)?

  • Bekam Angin (Kering): Hanya menggunakan sedutan cawan tanpa sebarang torehan atau tusukan.
  • Bekam Darah (Basah): Melibatkan tusukan halus (micropuncture) pada lapisan kulit paling atas sebelum cawan diletakkan untuk mengeluarkan darah.

3. Adakah rawatan bekam ini menyakitkan?

Tidak. Tusukan yang dilakukan adalah sangat halus pada permukaan kulit sahaja. Kebanyakan pelanggan menyamakannya seperti gigitan semut yang kecil dan rasa selesa sebaik sahaja proses bekam bermula.

4. Adakah sesi bekam memerlukan bilangan point (titik cawan) yang banyak untuk berkesan?

Tidak semestinya. Keberkesanan rawatan bekam tidak diukur daripada jumlah cawan yang banyak, sebaliknya bergantung kepada:

  • Ketepatan Titik (Anatomical Points): Memilih titik yang betul mengikut garisan otot, saraf, dan pusat ketegangan badan.
  • Keadaan Kesihatan Individu: Tahap ketahanan fizikal, umur, dan tekanan darah pelanggan.
  • Tujuan Rawatan: Sama ada untuk penjagaan rutin (sunnah) atau pelegaan kawasan otot yang spesifik.

5. Bagaimanakah perawat menentukan bilangan point yang sesuai untuk saya?

Di Bekam Pro, perawat akan menentukan jumlah point berdasarkan:

  • Sesi Konsultasi & Pemeriksaan Awal: Menyemak tekanan darah dan rekod kesihatan ringkas anda.
  • Pemeriksaan Fizikal: Meneliti kawasan otot yang tegang, berangin, atau kerap sakit.
  • Pengalaman Pertama Pelanggan: Untuk individu yang pertama kali berbekam, perawat akan memulakan dengan jumlah point yang sederhana bagi membiasakan badan.

6. Adakah perkhidmatan di Bekam Pro diiktiraf dan selamat?

Ya, sangat selamat. Bekam Pro dikendalikan oleh pengamal berdaftar di bawah Majlis Perubatan Tradisional & Komplementari (PT&K), KKM serta merupakan Lulusan Diploma Profesional Perubatan Melayu UTM SPACE.

7. Adakah alatan bekam yang digunakan bersih dan sterilisasi terjamin?

Ya. Kami mengamalkan standard kebersihan yang sangat ketat. Semua jarum dan cawan bekam adalah pakai buang (disposable) atau disterilkan mengikut SOP kesihatan yang disahkan.

B. PERSEDIAAN SEBELUM & SELEPAS BEKAM

8. Apakah persediaan yang perlu saya buat sebelum datang berbekam?

  • Digalakkan berpuasa dari makan makanan berat sekurang-kurangnya 2 jam sebelum rawatan.
  • Pastikan anda mendapat rehat dan tidur yang cukup pada malam sebelum rawatan.
  • Pakai pakaian yang longgar dan selesa.

9. Bolehkah saya makan sejurus selepas selesai berbekam?

Boleh, namun digalakkan mengambil makanan ringan dahulu atau meminum air madu untuk mengembalikan tenaga. Elakkan makan terlalu kenyang secara mendadak.

10. Bolehkah saya mandi selepas berbekam?

Sebaik-baiknya, tunggu 2 hingga 3 jam selepas rawatan sebelum mandi. Gunakan air suam dan elakkan menggosok kawasan yang dibekam secara kasar.

11. Apakah pantang larang selepas berbekam?

Untuk tempoh 24 jam pertama, elakkan:

  • Aktiviti fizikal atau senaman berat.
  • Makanan yang terlalu bergoreng; makanan yang boleh mencetuskan tindak balas alergi (alahan), gatal-gatal pada kulit; dan minuman ais secara berlebihan.
  • Menggaru kawasan bekas bekam sekiranya terasa gatal.

12. Berapa lamakah kesan lebam atau tanda cawan bekam akan hilang?

Tanda bekam lazimnya memudar dan hilang sepenuhnya dalam tempoh 3 hingga 7 hari, bergantung kepada tahap peredaran darah.

C. KESESUAIAN & MANFAAT RAWATAN

13. Apakah manfaat utama bekam untuk kesihatan?

Secara tradisional, terapi bekam berfungsi sebagai rawatan komplementari untuk membantu melancarkan peredaran darah, serta melegakan ketidakselesaan badan. Ia juga membantu memberikan kesegaran minda bagi menguruskan stres harian.

14. Siapakah yang amat disyorkan untuk mendapatkan amalan bekam?

Bekam amat sesuai dijadikan rutin penjagaan diri bagi individu yang:

  • Mengalami ketidakselesaan badan akibat waktu kerja yang panjang.
  • Sering mengalami ketidakselesaan pada bahagian leher, bahu, dan pinggang.
  • Mengamalkan gaya hidup kurang aktif (sedentary lifestyle) atau banyak duduk di pejabat.
  • Individu yang kerap melakukan aktiviti fizikal atau sukan (untuk pemulihan ketidakselesaan otot).
  • Mereka yang ingin mengamalkan gaya hidup sihat dan amalan sunnah secara berkala.

15. Siapakah yang TIDAK digalakkan atau DILARANG berbekam?

Bekam darah tidak disyorkan untuk:

  • Pesakit hemophilia atau masalah pendarahan serius.
  • Wanita hamil.
  • Individu yang terlalu lemah atau demam panas tinggi.

16. Bolehkah wanita yang sedang haid atau datang bulan berbekam?

Sebaik-baiknya tunggu sehingga darah haid kering sepenuhnya, kerana badan wanita berada dalam keadaan lemah dan perubahan hormon semasa haid.

17. Adakah pesakit kencing manis (diabetes) boleh berbekam?

Boleh, dengan syarat dilakukan dengan berhati-hati oleh perawat profesional.

18. Berapa kerap saya patut berbekam?

  • Untuk Penjagaan Kesihatan/Pencegahan: 1 kali sebulan.
  • Untuk Rawatan Masalah Khusus: 2 minggu sekali (mengikut penilaian perawat).

19. Apakah kesan sampingan biasa (normal) yang mungkin dialami selepas berbekam?

Tindak balas badan selepas bekam biasanya bersifat sementara dan selamat:

  • Tanda Lebam Cawan: Kesan bulat kemerahan atau keunguan pada kulit yang akan hilang dalam masa 3 hingga 7 hari.
  • Rasa Lenguh Ringan: Rasa sedikit lenguh pada kawasan rawatan selama 12 hingga 24 jam pertama.
  • Rasa Mengantuk/Rileks: Badan terasa tenang dan mengantuk sejurus selepas sesi rawatan.
  • Rasa Dahaga: Keperluan air dalam badan meningkat; pelanggan digalakkan minum air suam selepas rawatan.
  • Rasa Gatal: Pada sesetengah orang tindakbalas sistem imun terhadap bekam menyebabkan lokasi bekam rasa gatal.

D. PERKHIDMATAN DI BEKAM PRO GOMBAK

20. Adakah perawat wanita disediakan untuk pelanggan wanita?

Ya. Kami menyediakan perawat wanita (Puan Marina Yusoff) untuk pelanggan wanita, dan perawat lelaki (Haji Wan Husni) untuk pelanggan lelaki bagi menjaga privasi serta batas syariah.

21. Apakah perkhidmatan lain yang ada di Bekam Pro selain bekam?

Selain Bekam Melayu, kami juga menyediakan perkhidmatan Urut Melayu, Terapi Herba, dan Terapi Kerohanian (Pengurusan Stres).

22. Adakah saya perlu membuat janji temu (appointment) terlebih dahulu?

Ya, amat digalakkan membuat tempahan slot terlebih dahulu bagi mengelakkan masa menunggu yang lama dan memastikan slot perawat tersedia untuk anda.

23. Berapa lamakah masa yang diambil untuk satu sesi rawatan?

Sesi rawatan bekam lazimnya mengambil masa antara 45 minit hingga 1 jam 15 minit, merangkumi sesi konsultasi, pemeriksaan awal, dan rawatan.

24. Apakah langkah keselamatan yang diamalkan oleh Bekam Pro semasa proses rawatan?

Untuk memastikan keselamatan dan keselesaan pelanggan mengikut amalan kebersihan yang disyorkan:

  • Peralatan Pakai Buang: Jarum tusukan halus dan cawan bekam adalah 100% baru serta pakai buang (disposable) – Pakej Bekam Premium.
  • Sanitasi Kawasan: Kawasan rawatan disanitasi sepenuhnya sebelum dan selepas setiap pelanggan.
  • Penggunaan Sarung Tangan: Perawat sentiasa memakai sarung tangan pakai buang (glove).
  • Pemeriksaan Awal: Sesi semakan tahap kesihatan dan tekanan darah dilakukan sebelum rawatan bermula.
  • Perawat Bertauliah: Rawatan dikendalikan oleh perawat tempatan yang berdaftar di bawah Majlis PT&K, KKM.

25. Adakah cawan bekam di sini selamat dan bersih?

Ya, kami menggunakan 100% cawan bekam pakai buang (disposable cup) dan jarum sterilisasi pakai buang untuk setiap pelanggan demi menjamin kebersihan maksima.

26. Adakah perawat di Bekam Pro diiktiraf KKM?

Ya, perawat utama kami (Haji Wan Husni & Puan Marina) merupakan Pengamal Berdaftar di bawah Majlis Perubatan Tradisional & Komplementari (PT&K), KKM dan pemegang Diploma Profesional Perubatan Melayu UTM SPACE.

27. Di manakah lokasi Bekam Pro Gombak?

Kami terletak di T4 -1C, Tingkat 1, Kompleks Amaniah (MAIS), Jalan Batu Caves, 68100 Batu Caves, Selangor (Berhadapan Masjid Amaniah & berdekatan JPN / Tabung Haji Batu Caves).

28. Bagaimanakah cara untuk saya membuat tempahan slot?

Anda boleh menghubungi kami secara terus melalui WhatsApp atau telefon:

Comments

Popular posts from this blog

PERKHIDMATAN KAMI

Di Bekam Pro Gombak , kami komited dalam menyediakan perkhidmatan ✅Terapi Bekam, ✅Urutan, ✅Herba dan ✅Psikospiritual Islam yang berteraskan piawaian profesionalisme serta keselamatan tinggi. Setiap sesi rawatan dikendalikan secara peribadi oleh pemilik, Haji Wan Husni dan Puan Marina Yusoff, bagi memastikan kepuasan dan kesejahteraan pelanggan sentiasa terjamin. Dengan πŸ’₯ pengalaman melebihi 10 tahun dalam bidang perubatan tradisional, pengamal kami merupakan πŸ’₯ Lulusan Diploma Profesional Perubatan Melayu daripada UTM SPACE serta πŸ’₯ Pengamal Berdaftar di bawah Majlis Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) . Perkhidmatan Utama Kami: Bekam Melayu Rawatan bekam tradisional Melayu yang dijalankan mengikut piawaian kebersihan dan teknik yang selamat. Rawatan bekam basah/darah dan bekam angin untuk membantu membuang angin dalam badan, melancarkan peredaran darah serta melegakan ketidakselesaan badan.  Bekam Kepala Tanp...

CAWAN BEKAM PAKAI BUANG

Penggunaan kelengkapan pakai buang seperti cawan bekam, jarum, dan alas katil merupakan piawaian utama dalam memastikan prosedur bekam dijalankan secara selamat, higienis, dan profesional. Jarum pakai buang yang steril meminimalkan risiko jangkitan kuman serta penularan penyakit bawaan darah, manakala cawan bekam pakai buang menjamin setiap pelanggan menerima peralatan yang bersih tanpa sebarang risiko kontaminasi silang. Tambahan pula, penggunaan alas katil pakai buang menjaga kebersihan permukaan katil, mengelakkan kesan darah atau minyak urutan daripada melekat, sekali gus memberikan keselesaan maksimum serta keyakinan tinggi kepada pelanggan sepanjang sesi rawatan dijalankan. Bagi penduduk kawasan Batu Caves, Sri Gombak, Melati, Melawati, Sentul, Selayang, dan Kuala Lumpur yang mencari pusat bekam dan urut wanita / lelaki berdekatan, jemput datang ke pusat rawatan kami.  BEKAM PRO GOMBAK T4 -1C, Tingkat 1, Kompleks Amaniah (MAIS) Jalan Batu Caves,  68100 Batu Caves, S...

PERAWAT BERDAFTAR DENGAN KKM

Pusat Rawatan Bekam Pro dikendalikan secara peribadi oleh pemiliknya , Haji Wan Husni dan Puan Marina Yusoff . Komitmen ini memastikan setiap pelanggan menerima perkhidmatan yang berkualiti tinggi, selamat, dan beretika dalam persekitaran yang selesa. Kedua-dua pengamal merupakan πŸ’₯ Lulusan Diploma Profesional Perubatan Melayu dari UTM SPACE serta πŸ’₯ Pengamal Berdaftar di bawah Majlis Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) . Profil Pengamal Utama Haji Wan Husni ✅Presiden Persatuan Perubatan Islam Hijamah Malaysia (PERHIJAM) bagi sesi 2026–2028. ✅Pengamal Berdaftar Majlis PT&K, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). ✅Diploma Profesional Perubatan Melayu , UTM SPACE. Puan Marina Yusoff ✅Pengamal Berdaftar Majlis PT&K, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). ✅Diploma Profesional Perubatan Melayu , UTM SPACE. Dengan pendidikan akademik dalam bidang Perubatan Melayu, pendaftaran rasmi di bawah KKM, serta kepimpinan aktif dalam ind...

Lokasi Bekam Pro Gombak